adsense EKSKLUSIF : Kisah Survival Klinik Badang Dilanda Banjir "Bah Merah 2014" Oleh Dr.Afiq Rahim - SIRI 3 - Media Yang Hensem
Lazada Malaysia

EKSKLUSIF : Kisah Survival Klinik Badang Dilanda Banjir "Bah Merah 2014" Oleh Dr.Afiq Rahim - SIRI 3



Malam Krismas 25/12/14
Catatan ketiga
====================
Ketika penganut beragama Kristian dan penduduk Malaysia lain menyambut hari lebaran mereka, kami di Kelantan terus berbukam.

Usai Solat Maghrib di masjid, saya berjalan longlai meredah banjir ke klinik. Tiba-tiba kelibat land rover klinik menyapa saya terus ke pintu kecemasan.

'Ah kes apa pula waktu maghrib begini' bisik hati.

"Doktor kes MVA with LOC!" kata MA saya ibarat menjawab bisikan hati ini.

Terus saya bergegas masuk ke klinik sambil hati berasa sangat tidak sedap.

Allah, ujian apa buat saya kali ini?

Saya diuji dengan kes MVA/accident melibatkan dua orang lelaki yang kedua-duanya mengalami LOC/pengsan dan amnesia/hilang ingatan.

Kami terus melakukan resusitasi. Kedua-dua mengalami kecederaan serius di kepala sehingga tulang juga kelihatan pada luka mereka. Kedua-dua GCS masih bagus tapi poor oreintation. Saya menyimpulkan kedua-duanya kemungkinan ICB / pendarahan otak dengan retak tulang kepala.

Saya segera menghubungi bilik gerakan banjir dan hospital. Kedua-duanya buntu.

Buntu kerana bagaiman kami ingin membawa keluar pesakit daripada Badang. Kesemua jalan darat kami telah putus hubungan dan trak tentera yang kami harapkan akan tiba bersama bekalan berpatah balik setelah hampir tenggelam.

Saya tidak berputus asa lantas menghubungi sendiri pihak tentera darat. Mereka memaklumkan bahawa Badang tiada jalan lain yang boleh dilalui kerana air naik mendadak dengan arus deras. Begitu juga bot. 

Yang ada mungkin udara.

Saya hubungi pula tentera udara memohon bantuan helikopter. Pesakit semakin tenat. Mereka meminta 10 minit untuk berbincang dan mencari alternatif lain.

Kring....kring...kring telefon yang ditunggu dengan harapan menggunung ahli keluarga mangsa dan pihak perubatan saya jawab.

"Maaf doktor, helikopter kami semua telah dikerahkan ke Kuala Krai. Mohon doktor dan semua pihak bersabar kerana kami juga telah mengesahkan, tiada cara lain untuk membawa pesakit ke hospital daripads Badang" kata pegawai tentera.

Luluh hati saya mendengar jawapan itu. Dengan perasaan sedih saya terpaksa menyampaikan berita buruk itu kepada pasukan dan keluarga mangsa.

Kami kini bertahan dengan hanya satu tangko oksigen sehingga esok pagi. Kk Badang diisytiharkan hospital sementara oleh saya. Jika terpaksa, maka saya akan melakukan intubasi dengan kadar oksigen yang sedikit dan tanpa sedatif pabila GCS pt drop hingga 8.

Saya meminta ahli keluarga untuk mula berkumpul dan membaca doa. Mudah-mudahan ajal mereka berdua masih panjang.

Kami akan bergilir-gilir memantau pesakit. Luka yang besar kami jahit agar pendarahan berhenti.

Ketika hati baru ingin berdoa agar tidak ada lagi ujian buat pasukan saya, tiba-tiba saya terima panggilan daripada pusat pemindahan.

"Doktor ada bayi 2 bulan macam nyawa-nyawa ikan"

Saya tersentak dan tergamam....

Bersambung....

--------------------------------------------------------------------------------

PENDEDAHAN EKSKLUSIF KISAH SURVIVAL KLINIK BADANG DILANDA BANJIR "BAH MERAH 2014" OLEH DR.AFIQ RAHIM
>>> CATATAN 1
>>> CATATAN 2
>>> CATATAN 3
>>> CATATAN 4
>>> CATATAN 5
>>> CATATAN 11

--------------------------------------------------------------------------------
0 Komentar untuk "EKSKLUSIF : Kisah Survival Klinik Badang Dilanda Banjir "Bah Merah 2014" Oleh Dr.Afiq Rahim - SIRI 3"

BORAK-BORAK HENSEM



POST BARU DAN PANAS !!!

- POLITIK FITNAH SEMAKIN MENJADI-JADI ANTARA PAS & UMNO DI MUSIM BANJIR !!! >>> KLIK
- GEMPAR !!! BUNUH DIRI KETIKA BANJIR AKIBAT TERTEKAN !!! >>> KLIK
- PENDEDAHAN !!! BENARKAH INI PESAWAT AIRASIA QZ8501 YANG DIKATAKAN TERHEMPAS ??? >>> KLIK
- KELU !!! TEAM SUKARELAWAN MAKLUMKAN RAMAI YANG TERKORBAN AKIBAT LEMAS !!! >>> KLIK
- SAYA BERMAIN GOLF DENGAN OBAMA DEMI DIPLOMASI NEGARA, NAJIB >>> KLIK


 
Copyright © 2014 Media Yang Hensem - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info